Credits

Bila Qalam Menari

Thursday, February 08, 2007

Jgn B'sedih jadilah Wanita yg plg BAHAGIA

EMAS KEEMPAT - TIDAKLAH SAMA WANITA YANG MUKMIN DAN WANITA YANG KAFIR

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada suatu kesedihan pun
dapat mengembalikan kepadamu
sesuatu yang telah hilang

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Tuhannya, baik kepada tetangganya, dan berkasih-sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia, dan baginya adalah ketenangan, keredhaan dan pahala yang besar dariNya.

Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan, dan tidak mempunyai agama.

Jadi bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya, dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Ali-'Imran: Ayat139).


BEKALAN - Semua Orang, Baik Yang Memiliki Istana Mahupun Yang Memiliki Rumah Sederhana, Pasti Menjalani Kehidupannya, Tetapi
Siapakah Yang Benar-Benar Meraih Kebahagiaan Dalam Hidup?

Posted by klena :: 11:23 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Monday, January 22, 2007

Jgn Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI MEMBERIKAN KEMUDAHAN

EMAS KETIGA - CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya.
(Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih, berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabinya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikut jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.
Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah, dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sebagai rasul yang diikuti.

Bekalan
Bukan Emas Permata Yang Mempercantikkan Anda,
Melainkan Yang Mempercantikkan Anda
Adalah Akhlaq Anda dan Kekayaan Anda Adalah Etika Anda.

Posted by klena :: 12:14 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Wednesday, November 01, 2006

MENGENAL SABAHAT

10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU...

Sahabat, rakan, kawan. Semuanya membawa konotasi dan pengertian berbeza tetapi di penhujung hari, sahabat yang baik boleh menjadikan hidup kita lebih bererti dan bermakna. Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil 'sahabat'? 10 perkara dibawah pastinya dapat memberi gambaran jelas erti persahabatan anda yang terjalin sejak sekian lamanya.

1 Sahabat yang sejati tidak ramai. Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang ramai, tetapi tidak pula membawa kesan berkekalan.

2 Sahabat yang jujur. Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen baik yang positif mahupun negatif demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga. Walaupun kedangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3 Sahabat yang baik hatinya ikhlas. Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka dia adalah sahabat yang sejati.

4 Sahabat yang baik tidak cepat menilai. Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya)
salah. Tetapi, sahabat yang baik tidak menilai anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya.


5 Sahabat yang mengerti, sentiasa mendengar. Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6 Sahabat yang sejati, akan setia bersama. Seseorang yang bergelar sahabat akan cuba menemani bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian. Bagaimana pula dengan sahabat baik anda?

7 Sahabat yang sebenar juga boleh menyimpan rahsia anda. Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8 Sahabat yang baik, tidak menikam anda dari belakang. Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda ditikam dari belakang oleh sahabat yang dipercayai, masihkah anda memanggil insan itu sahabat?

9 Kata teman baik saya, sahabat sejati boleh dibawa pulang ke rumah, bukan sekadar bersembang di tepi jalan atau di kedai kopi ice-blended . Jika anda masih merasakan sahabat itu tidak boleh dibawa pulang, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar.

10 Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa ke jalan kebaikan. Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan. Jika anda dan dia bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik, nah itulah yang dipanggil persahabatan!

Artikel oleh:
AIRIL HAIMI MOHD ADNAN. Beliau adalah SAINTIS SOSIAL DAN EKSEKUTIF, UNIT PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN INTELEK, UFORIA UTIM PERAK. Dengan pengalaman luas sebagai penyelidik serta perunding pakar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di televisyen, radio, akhbar dan majalah, beliau sering berkongsi kepakaran dalam multi-disiplin ilmu kaunseling, psikologi, sisiologi, linguistik dan pendidikan.

Petikan ini adalah daripada majalah RAPI 01 NOV' 2006.


Posted by klena :: 9:09 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------
SALAM EID MUBARAK

RASA NYA BELUM TERLAMBAT UNTUK KU MENGUCAPKAN SALAM IDUL FITRI , MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUA YG SUDI BERKUNJUNG KESINI........

Posted by klena :: 3:55 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Thursday, October 19, 2006

Erti Kemaafan DI AIDILFITRI

Bila sebut tentang kemaafan, ia memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Sukar untuk diucapkan dan sukar juga untuk diberikan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi. Memang sukar untuk meminta maaf atau memberi maaf. Namun kita perlu ingat kalau bukan Aidil Fitri maka bila lagi waktu yang sesuai untuk kita bermaaf-maafan? Dalam bermaaf-maafan ini, ada yang bermaaf-maafan secara biasa-biasa sahaja tetapi ada yang perlu melakukannya sungguh-sungguh kerana memang ada kesalahan besar antara kita dan seseorang. Di sini perlunya kita menilai diri bagi mengatasi perasaan ego dan seterusnya sanggup bermaaf-maafan demi membina satu hubungan yang baik. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita renungi bersama bagi menguatkan azam kita untuk bermaaf-maafan dengan lebih bersungguh-sungguh.

1 Semua orang melakukan kesilapan.
Kita tidak perlu malu untuk terlebih dahulu menghulurkan tangan dan memohan maaf sebab semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidupnya. Tidak mustahil ketika kita memohon maaf dari seseorang maka dia pula sebaliknya memohon kemaafan dari kita. Cuma mungkin skala kesilapan yang telah dilakukan itu sahaja berbeza iaitu kecil atau besar.

2 Memohon maaf bukan bererti lemah.
Kikis persepsi kita bahawa memohon maaf itu tandanya kita lemah atau tiada pendirian. Ini bukan soal pendirian atau kewibawaan. Ini soal hubungan silaturahim yang wajib dieratkan. Kalau semua orang keras hati maka siapa yang mahu memulakan? Sampai bila pun titik perubahan tidak akan ditemui. Oleh itu biarlah kita yang memulakan dahalu. Lebih-lebih lagi kalau kita dipihak yang sepatutnya memulakannya dahulu. Oleh itu biarlah kita yang sepatutnya memulakannya dahulu. Misalnya kalau kita anak maka semestinya kita meminta maaf dahulu kepada kedua ibu bapa, isteri kepada suami, murid kepada guru, pekerja kepada majikan, adik kepada abang dan begitulah seterusnya. Walaupun kita sedar bukan kita yang bersalah tetapi status itu memerlukan kita untuk memulakannya.

3 Yakin apa yang kita berikan itulah juga yang kita dapat.
Allah itu maha adil, apabila kita berikan kemaafan kepada seseorang maka orang lain pula akan berikan kemaafan kepada kita. Kata orang putih 'What you give you get back! Jadi kita tidak perlu mengharapkan apa-apa dari orang yang telah kita maafkan itu sebab habuan untuk kita pasti datang dari orang lain pula.

4 Berikan kemaafan dengan penuh keikhlasan.
Seringkali berlaku situasi yang mana kita mengungkit kembali apa yang telah kita maafkan. Kalau begitu keadaannya dimana keikhlasan kita? Memaafkan itu perlu datang daripada hati dan disertai dengan sepenuh keikhlasan. Apabila kita telah memberi maaf maknanya antara kita dan orang itu sudah tidak ada apa-apa lagi. Tutup terus cerita lama dan buka buku baru.

5 Nyatakan salah kita secara spesifik agar mudah bagi orang memaafkan kita.
Kalau kita ikhlas memohon maaf maka nyatakanlah kesalahan mana yang kita mahu orang maafkan kita. Ada sesetengah orang sangka bila tibanya Aidil Fitri maka memohon maaf secara umum itu sudah memadai. Andaian sebegini adalah salah. Kita perlu nyatakan secara spesifik apa yang telah kita lakukan dan memohon agar kesalahan tersebut dimaafkan. Barulah orang yang mahu memberi maaf itu ikhlas pula memaafkan kita. Kenapa perlu rasa malu kalau kita ikhlas untuk meminta maaf? Memamg sukar untuk memulakannya tetapi setelah dilakukan maka kita sendiri akan rasakan bagaimana satu beban besar yang ditanggung selama ini terlepas serta merta.

6 Allah tidak ampunkan dosa kita.
Dosa kita dengan Allah bolehlah kita bertaubat tetapi bagaiman dosa kita dengan manusia? Kita perlu ingat Allah hanya akan ampunkan dosa kita sesama manusia hanya setelah kita meminta maaf dengan pihak yang terlibat. Selagi kita tidak meminta maaf maka selagi itulah kita terpaksa menanggung dosa itu dan terimalah balasannya di akhirat kelak. Sebab itu penting untuk kita segerakan memohon maaf ini kerana kita tidak tahu bila ajal kita.

* Petikan daripada Majalah rapi keluaran 15 Okt. 2006

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA


Posted by klena :: 5:38 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Sunday, October 15, 2006

JB JWanitaYPBahagia - Emas Kedua

SESUNGGUHNYA BERSAMA
KESULITAN ADA KEMUDAHAN
Emas Kedua
ANDA MEMPUNYAI
SEGUDANG NIKMAT
Kelembutan Allah betapapun lama masanya
terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam
Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih-sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.
Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
kepada umat manusia
"Tangan putih" (Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam)
yang merangkul bahu semua manusia
Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikut pembelajaran.
Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlaq yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.
Bekalan
Esok Akan Merekah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi Penghibur Hati

Posted by klena :: 2:41 AM :: 15 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Friday, October 13, 2006

Jangan Bersedih JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA - JB JWanitaYPBahagia

Sebuah buku oleh Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni dan terjemahan oleh
Muhammad Huzaifah.

* Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan allah
*

Emas Pertama - WANITA YANG MELAWAN PENINDASAN

Apa yang berlalu biarlah berlalu:
cita-cita adalah harapan yang belum pasti;
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani

Perhatikan nash-nash syari'at yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfiman:
Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata : 'Ya Tuhanku, bangun lah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (Surah Ath-Tahrim: Ayat 11)

Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Asiah Radhiyallahu'anha)
sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para palayan yang siap melayani semua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, didalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tampat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.
Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari qiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Qur'an serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah.
Bekalan
Di Sana Ada Suatu Tempat Di Barisan
Terdepan, Tetapi Menuntut Anda Untuk
Menambah Peningkatan dan Kesempurnaan
Dalam Setiap Hal Yang Anda Amalkan.

Posted by klena :: 4:16 AM :: 4 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------

Wednesday, October 11, 2006

Salam Untuk Semua

Insya'ALLAH dengan izinNya jua blog ini aku khusus kan untuk memaparkan hasil tulisan, nukilan atau apa-apa juga yang bermanfaat untuk dikongsi bersama para pengunjung sekelian. Harapan ku semoga ia memberi kebaikan buat diri kita semua.

Posted by klena :: 10:16 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------