Credits

Bila Qalam Menari

Monday, January 22, 2007

Jgn Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI MEMBERIKAN KEMUDAHAN

EMAS KETIGA - CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya.
(Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih, berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabinya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikut jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.
Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah, dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sebagai rasul yang diikuti.

Bekalan
Bukan Emas Permata Yang Mempercantikkan Anda,
Melainkan Yang Mempercantikkan Anda
Adalah Akhlaq Anda dan Kekayaan Anda Adalah Etika Anda.

Posted by klena :: 12:14 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

---------------------------------------